Kerja 'part time' mudah lepas SPM

Macam-macam kerja yang boleh dibuat sementara menunggu keputusan SPM. Ada yang memang terus cari tetap, nak bantu keluarga katanya. Walaupun macam cetek akal, tapi sekurang-kurangnya, niat tu murni dan tak membuang masa melahu sana-sini.

Kebanyakannya cari kerja sambilan atau 'part time'. Berjenis-jenis kerja 'part time' yang boleh dibuat. Contohnya ada di sini.

Ada kerja sambilan di stesen minyak. Tak kisahlah Shell ke, Petronas ke, Mobil ke, Esso ke, yang penting jangan bagi pendatang asing ramai sangat buat kerja-kerja mudah macam tu. Pendatang asing ni bila dah ramai mula lah 'naik tocang'. Ada lagi baik adik-adik yang baru habis SPM tu yang buat kerja kat stesen minyak tu. Boleh belajar operasi stesen minyak. Boleh belajar kira duit, jaga duit. Boleh belajar stok. Pendek kata, serba serbi selok belok asas perniagaan boleh dipelajari dengan bekerja di stesen minyak. Boleh jumpa macam-macam jenis manusia. Pergaulan pun luas. Tapi, luas bukan bebas ok.

Kalau rasa-rasa kerja di stesen minyak tu susah, boleh daftar kerja part time di sini.

Ada juga kerja sambilan jadi juruwang atau 'cashier' di pasaraya. Giant dan Tesco masing-masing berlumba-lumba buka cawangan baru sana-sini.Carrefour pun sama juga. Maknanya itu peluang kerja. Jangan lepaskan peluang. Setidak-tidaknya perlu dicuba. Jadi juruwang ni kerja seronok. Hari-hari layan duit tunai dalam jumlah besar. Itu melatih sikap amanah dan jujur. Jangan salahguna pula. Nanti memalukan diri dan keluarga. Duit tu ada aura. Itu orang kata. Jadi bila hari-hari pegang duit, kira duit banyak, maka semangat nak cari jalan untuk dapat duit sebanyak tu setiap hari akan bertambah. Bertambah semangat bukan maksudnya tamak atau berniat nak berlaku tidak jujur. Itu berdosa dan salah di sisi undang-undang. Jalan bekerja dengan amanah itu lebih berkat dan lebih bagus. Kata nak cari duit halal, jadi bekerjalah sebagai seorang 'cashier' yang cekap, jujur dan amanah.

Kalau rasa-rasa kerja cashier tu pun susah, tapi nak tau cara buat duit banyak,boleh daftar kerja part time di sini. Tapi kena amanah ok.

Kerja sambilan di restoran makanan segera pun tak kurang hebatnya. KFC, McDonalds, A&W, itu nama-nama besar dan biasanya mereka sentiasa perlukan pekerja sambilan dan sepenuh masa. Awek-awek biasanya ramai memilih kerja part time di 'fast food outlet' ni. Kerja bukannya berat, cuma kena cekap. Jangan kedekut senyum dan jangan bagi pelanggan beratur lama-lama. Letih memang letih tapi mana ada kerja yang tak letih. Kalau bekerja di lokasi-lokasi di pasaraya di bandar-bandar besar, lagi banyak pendedahan. Bukan setakat jumpa orang Malaysia, pelancong pun ramai. Boleh perbaiki bahasa Inggeris. Jangan segan-segan. Tunjukkan yang orang Malaysia semua cerdik-cerdik walaupun bekerja di 'fast food outlets'. Orang Malaysia kan hebat.

Kalau rasa-rasa kerja di restoran makanan segera tu pun susah juga, tapi nak tau cara buat duit,boleh daftar kerja part time di sini. Tapi kena faham bahasa Inggeris sebaiknya ok. Tapi daftar mudah aje.

Ok, cukup cerita setakat ni dulu. Ada masa kita sambung lagi. Yang penting untuk diingat, kerja part time banyak di Malaysia ni. Cuma jangan malas, sebab malas bukan sikap orang Malaysia.

Proses mudah daftar kerja part time di sini.