Kerja lepas SPM

Peperiksaan SPM pun dah habis, amacam? Ada potensi score? InsyaALLAH ada. Usaha dah dibuat, study giler study smart dan segala stail study dah pun dipraktikkan. Tuisyen, kelas tambahan, tanya cikgu cikgu, study group, semua dah dibuat. Mesti hasilnya baik.

Sekarang apa pula?

Sekarang masa untuk letak tepi pasal SPM yang dah habis. Fikir sampai pecah kepala pun takkan mengubah apa apa. Tunggu aje keputusan keluar 2-3 bulan lagi.
Untuk masa sekarang, SPM dah habis.Noktah.

Sekarang masa untuk mula serius memikirkan dan mengambil tindakan seterusnya dalam perjalanan kehidupan yang masih panjang tu, insyaALLAH.

Apa yang nak dibuat bila habis SPM?

Terpulang kepada apa hasil yang dikehendaki.

Kalau nak jadi arwah, pergi la merempit tak tentu hala.

Kalau nak kena tangkap dan masuk pusat serenti, pergi la belajar hisap dadah.

Kalau nak jadi bohsia dan bohjan (dah pupus rasanya istilah ni), pergi la bersosial tahap melampau.

Tidak!. Bukan itu semua yang patut ada dalam kepala korang.
Tidak sama sekali.
Tidak sesekali.

Perjalanan hidup baru bermula.

Cuba fikirkan.
Bila dapat keputusan SPM, akan ada peluang melanjutkan pelajaran. Tak kisah la dalam bidang akademik atau kemahiran. Tak semestinya yang tak berpeluang masuk universiti tu dikira gagal sebab ada ramai yang dah masuk dan keluar universiti pun masih 'gagal' lagi dalam kehidupan.

Dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran pun bagus. Pasaran kerja sekarang memang lebih kepada yang berkemahiran.

Nak sambung belajar bidang apa?

Kepada yang diberi kebebasan oleh ibubapa untuk buat pilihan, maka pilih lah bidang yang korang suka dan mampu buat. Ingat, ada orang suka satu satu bidang tapi tak mampu buat. Contoh, ada orang suka bidang kejuruteraan (engineering) tapi tak mampu nak ikut rentak subjek yang disediakan. Akhirnya, gagal, flop, kaput, finish.

Jadi yang terbaiknya, buat senarai bidang yang disukai dan yakin untuk membuatnya sampai jadi, sampai habis, sampai dapat yang terbaik hasilnya.

Senarai bidang bidang yang ada disediakan kursus oleh kolej dan universiti memang berlambak lambak. Buat pilihan yang wajar. Rujuk kepada mereka yang berpengetahuan. Sebaiknya, jangan memandai mandai dan tunjuk pandai dalam membuat piliahn. Kalau nak tunjuk pandai sangat, tunjukkan bila dah mula menyambung belajar nanti. Ingat, jangan sampai tertipu dengan tawaran kolej yang kononnya mereka mampu sediakan pekerjaan bila dah habis belajar nanti. Cuba periksa track record kolej kolej tu. Sejak bila ditubuhkan, dah berapa ramai lepasan yang ada. Dapat ke diorang tu bagi rujukan majikan yang dah ambil lepasan kolej diorang bekerja? Tanya, tanya dan tanya. Memang betul ada kolej yang betul betul mampu sediakan peluang kerja bila habis belajar tapi lebih baik berhati hati sebelum kena. Cuma nak elakkan tertipu. Lebih baik tolak tawaran setingi langit tu sekarang daripada menyesal tak sudah bila dah habiskan masa 2-3 tahun.

Itu yang dapat menyambung belajar, yang tak dapat menyambung belajar macam mana pula?

Nak mula bekerja?
Nak kerja apa?
Apa perancangan bila dah mula bekerja?

Walaupun korang terpaksa mula bekerja sebabkan halangan kelayakan melanjutkan pelajaran, sebaiknya perancangan masa depan dibuat di peringkat ini. Tak salah nak mula bekerja walaupun itu bukan pilihan yang terbaik.Tapi, bekerja lebih baik daripada merambu tak tentu hala. Keluar rumah pagi, takde hala tuju,balik petang. Hasil takde. Apa ke jadah?

Apa pun kerja lepas SPM yang korang pilih, ingat, jangan buat kerja haram, jangan buat kerja yang dapat rezeki dari sumber haram, dan jangan belanjakan duit gaji tu ke tempat tempat haram. Biar sikit, asal berkat. Jangan tamak. Dan yang paling penting, jangan sebab mengejar hasil yang kononnya banyak, maruah dan harga diri tergadai.

Jangan jadi penyamun, jangan jadi kaki pau duit orang lain, jangan jadi taik judi, jangan jadi kaki minum, jangan jadi kaki perempuan, jangan jadi pelumba haram, jangan jadi mayat hidup ngisap dadah, jangan nak jadi gengster, jangan jadi kurang hajar dengan mak ayah bila dah berduit, jangan jadi perosak anak orang.

Bayangkan, kalau baru umur 18 tahun dah mula rosak dengan segala macam haram jadah yang ada tu, apa nak jadi bila masuk umur 40?

Kalau ada terngerak hati nak cuba cuba perkara perkara seperti di atas tu, lebih baik jadi..
arwah.