Kerja 'part time' mudah lepas SPM-II

kerja part time
Cashier sambilan petronas
Jadinya, lepas spm nak buat apa?
Mudahnya, hanya habiskan masa duduk di rumah, makan apa yang mak masak, lepak dengan kawan-kawan, tidur. Mudah kan?
Tapi hidup tak semudah itu adik-adik. Masa yang terbuang takkan datang kembali, takkan dapat diulang.

Ada yang dibagi peluang untuk dibayar tunai RM50 sehari, kerja paling lama 3 jam untuk tandatangan dokumen pun tak mampu nak buat dengan disiplin. Tak tau apa jenis manusia yang macam tu. Kerja nak buat ikut kepala sendiri. Bila ditegur dah naik tocang, macam bagus sangat. Pengajarannya, jangan jadi manusia yang macam itu. Mungkin dia rasa dia boleh bertahan dengan harta dan tanah berekar yang ayah dia akan tinggalkan bila ayahnya dah takde nanti. Cuma, pasti ke orang tua tu akan pergi dulu? Lagi satu, sekaya mana atau sebanyak mana pun harta yang ibu bapa kita ada, tak malukah nak bergantug harap dan bergantung hidup dengan harta peninggalan? Mak bapak susah payah membina harta, yang anak semudah itu nak menghabiskan? itu bukan anak yang baik, itu musibat namanya. Contoh itu takde kena mengena dengan sesiapa tapi percayalah, manusia jenis tu wujud dan hidup (macam zombie kilang biskut) di kalangan masyarakat kita sekarang. Malas yang amat. Minta dijauhkan daripada tergolong dalam golongan itu.

Jadinya, ditanya lagi, selepas SPM nak buat apa?
Nak mudah, buat kerja yang mudah. Yang ada diberi gaji. Tak kisahlah gaji harian atau gaji hujung bulan. Yang utama ada gaji, dapat tunai.
Nak mudah sikit, buat kerja menjual. Bukan menjaja. Susah nak menjual, buat kerja pemasaran. Susah juga? dikata 'susah' setiap hari, maka susahlah jadinya. Cuba katakan 'senang aje buat ni', insyaallah semakin hari semakin senang lah jadinya.
Nak kerja part time yang paling mudah? Ada, siapa kata takde. Kerja buat promosi. Buat promosi ni benda yang kita buat tiap-tiap hari sama ada sedar atau tidak. Berapa kali dalam satu hari kita komplen tentang perangai orang, tentang benda yang kita beli, tentang benda yang kita makan, tentang benda yang kita baca, tentang benda yang kita tonton di tv, yang kita baca di suratkabar, yang kita baca di facebook? Tiap tiap hari kita buat, kan? Itu promosi lah.

'Apa la kawan kita tu asyik share hal awek dia di fesbuk. Dia sorang je ada awek agaknya ye?' mungkin itu hal yang kita sembang dengan member. Maknanya kita promosikan hal member yang promosikan awek dia di facebook. Promosi atas promosi. Tapi ingat, promosi jenis tu jenis tak baik, jenis buat dosa sebab mengumpat. Jadi, kenapa tak buat promosi yang baik, yang boleh dapat duit dan yang tak mendatangkan dosa?

Daripada buat hal-hal yang tak berfaedah tu masa lepak dengan member-member, masa share share di facebook, lebih baik share hal-hal berfaedah yang mendatangkan hasil. Walaupun tak banyak, dapat RM300 bila share banyak banyak di facebook & masa sembang teh tarik ngan member, ok la kan? Boleh simpan duit tu sikit-sikit. Boleh bagi ke mak sikit, bagi ke ayah sikit, buat belanja sikit. Baru orang kampung respek. Kalau yang lelaki buat, baru makcik-makcik sekampung rasa konfiden nak rekemen anak dia dan ambil jadi calon menantu. Kalau yang perempuan buat, baru boleh selalu pergi shopping di SOGO.

Cerita banyak pun tak guna, pergi belajar buat duitpoket dengan brader ni.

(gambau dari apiz927.blogspot.com)